Hidup Berkawan Banyak Dugaannya
Kata orang tua-tua kalau ikut rasa binasa, ikut hati mati..
Itu benar cuma....AKU nak tambah sikit kalau sentiasa kena ikut kehendak orang tertentu kita boleh jadi gila!!!
Lagi pun dunia sekarang memang sukar untuk menduga dan menyelami hati individu lain...
Hidup berkawan ni memang banyak dugaannya ...
Masa kita senang, memang ramai yang datang menenggek...
Tetapi bila kita ditimpa kesusahan atau kesedihan dibiarkan pula kita keseorangan...
Lebih teruk lagi, bila timbul perselisihan faham yang melibatkan soal hati dan maruah...
Bukannya hendak ditegur baik-baik ....
Tapi terus aje melenting dan meletakkan 100% kesalahan pada diri kita..
Konon-konon nak "Straight to the point" tak mahu berselindung dan mahu buktikan betapa dirinya konservatif!!!
Perasaan orang langsung tak dipeduli ... tu yang buat AKU selalu makan hati...
Bab menegur kesilapan orang ni, AKU memang cukup berhati-hati..
AKU takut dianggap mahu mengajar, sedangkan diri sendiri jauh daripada sempadan kesempurnaan...
Apa yang nyata , AKU selalu ingatkan diri supaya mengukur baju dibadan sendiri sebelum mengata....
Biar seakrab mana dan sedalam mana sekali pun kita mengenali hati budi sendiri...
Ada ketika nya kekurangan itu ibarat "Gajah didepan mata yang tidak kita nampak, Sedangkan kuman diseberang lautan jelas kelihatan"...
Sebenarnya, AKU dah terlalu penat untuk melayan semua kehendak dan mengikut rentak "Sahabat-sahabat ku"...
Bagi AKU hak manusia perlu dihormati...
Tak kiralah kawan rapat ataupun adik beradik....
p/s: ianya sekadar nukilan...tiada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang mati...